TUTONG, Sabtu 9 Mac 2019 – Operasi yang dikendalikan oleh keanggotaan Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menyerbu sebuah rumah kediaman yang mengendalikan persembahan kumpulan live band ‘Pesona’ di alamat Lot 2144 Spg 1932 Jln Sungai Paku Mukim Telisai, Daerah Tutong.
Seramai 7 orang suspek terdiri dari 6 orang pemain musik band dan seorang (1) pemilik rumah kediaman dibawa ke Balai Polis Tutong bagi menjalani siasatan.
Hasil daripada siasatan awal mendapati kesemua suspek telah melanggar kesalahan dibawah Akta Lesen Hiburan Awam Penggal 181.
Operasi sepertinya akan kerap dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai undang-undang Negara Brunei Darussalam.
Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan dan menasihati kepada masyarakat awam agar dapat melaporkan apa jua kegiatan yang mencurigakan yang berlaku di kawasan persekitaran kediaman mereka kepada balai-balai yang berdekatan atau di talian kecemasan 993.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
