SERIA, Sabtu 9 Mac 2019 – Seorang suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian 4 digit loteri. 

Serbuan tersebut telah dijalankan oleh keanggotaan Polis Special Duties Ibu Pejabat Daerah Polis Belait di kawasan letak kereta Stesen Bas, Seria. 

Suspek merupakan penduduk tetap bernama Ting Lek Chai berumur 59 tahun. 

Dalam serbuan mengejut yang dijalankan pada petang tadi telah berjaya merampas barangan bukti yang dipercayai digunakan dalam perjudian tersebut termasuk wang tunai dan kertas nombor slip pertaruhan. 

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut dan akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4 (C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.  

Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas perkongsian maklumat dan menyarankan kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI