BRUNEI DAN MUARA, Rabu 6 Mac 2019 – Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berhasil melumpuhkan kegiatan perjudian SCR888 di alamat No 30 Spg 74-59-108-37-6-5 Kg Perpindahan STKRJ Katok B, Gadong. 

Serbuan yang dijalankan telah berhasil menahan 4 orang lelaki dan seorang (1) perempuan yang terdiri dari warganegara tempatan dan penduduk tetap. 

Semasa siasatan yang dijalankan telah merampas 5 unit komputer yang mengandungi program perjudian dipercayai digunakan untuk kegiatan SCR888, turut dirampas ialah sejumlah wang tunai dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut.  

Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut. 

Kes siasatan ini disiasat di bawah Seksyen 4 kesalahan pengendalian tempat perjudian dan 6 (1) kesalahan bermain judi, Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28. 

Kegiatan perjudian secara talian ini sentiasa mendapat perhatian umum dan jika tidak dibanteras akan mendatangkan kesan buruk kepada negara. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan mengesan penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktivitiaktiviti haram di negara ini.  

Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembanterasan aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI