BERAKAS, Khamis 28 Februari 2019 – Pada 28 Februari 2019, anggota-anggota polis daripada Balai Polis Berakas telah membuat serbuan di beberapa buah rumah yang berasingan di kawasan Kg Lambak Kiri dan berjaya menahan dua (2) orang suspek warga tempatan yang dipercayai telah terlibat dalam dua (2) kes kecurian.

Kes pertama dilaporkan di Balai Polis Berakas  pada 10 Januari 2019 yang melibatkan kecurian satu (1) water jet dan satu (1) biji tong putih di salah sebuah restoran yang terletak di Sg Hanching, Jalan Muara. 

Kes kedua juga dilaporkan di Balai Polis Berakas pada 24 Februari 2019 yang melibatkan kes kecurian dua (2) biji tayar di salah sebuah kedai tayar yang terletak di Kg Salambigar, Jalan Muara. 

Kedua-dua suspek bernama: 

1- Mohammad Zulazlainie bin Zoelaliffin berumur 28 tahun. 

2- Suhardy bin Haji Abdullah berumur 39 tahun. 

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 dan dibacakan dengan Seksyen 34 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dihukum penjara selama suatu tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI