SERIA, Rabu 27 Februari 2019 – Pada 25hb Februari 2019 satu laporan telah dibuat di Balai Polis Seria mengenai kecurian yang berlaku di salah sebuah syarikat swasta di Kawasan Seria. Berikutan laporan tersebut, satu penahanan telah dibuat ke atas seorang warganegara asing berbangsa Bangladesh iaitu pekerja di syarikat tersebut.
Suspek Md Abul Hossain berumur 44 tahun, bertugas sebagai pemandu trak, dipercayai telah melakukan curi terhadap barangan-barangan besi kepunyaan syarikat di tempatnya bekerja, dengan mengangkat barangan tersebut menggunakan kenderaan syarikat atas tujuan untuk dijual.
Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini atas tuduhan di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun serta denda.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
