BRUNEI MUARA, Khamis 21 Februari 2019 –  Berikutan perkongsian maklumat orang ramai serta koliberasi Balai Polis Pusat BSB dan Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah membawa kepada tertangkapnya dua (2) orang suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa laporan kes berhubung curi kereta. 

Kedua-dua suspek tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 21 Februari 2019 bagi sebutan kes serta pendakwaan. 

Tertuduh pertama, Mohammad Rahmat bin Abdul Rahman, seorang penduduk tetap berumur 38 tahun didakwa atas kesalahan curi di bawah seksyen 379 Kanun Hukum Jenayah Penggal 22 kerana dipercayai terlibat dalam beberapa jenayah yang melibatkan kes curi kereta. 

Manakala tertuduh kedua Shawaludin bin Ali Rahman berumur 28 tahun warganegara tempatan didakwa atas kesalahan di bawah seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 kerana secara tidak jujur menerima harta curi. 

Pihak Mahkamah telah meluluskan bagi permohonan reman ke atas kedua-dua tertuduh sehingga 25 februari 2019 bagi menjalani siasatan lanjut dan pengumpulan bahan bukti. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan tegas dan akan menghadapkan ke muka pengadilan kepada sebarang individu atau kumpulan yang melibatkan diri dalam apa jua kegiatan yang melanggar undang-undang di Negara ini. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI