GADONG, Sabtu 16 Februari 2019 – Sempena Hari Puja Usia Ke-45 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Hajat di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy Bin Haji Muhd Shah Al Islam dan turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan Bin Haji Hambali, Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Para Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua Formasi dan Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB dimulakan dengan Sembahyang Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Hajat serta Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir.

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI