BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 16 Februari 2019 – 2 orang suspek telah berjaya diberkas oleh anggota Balai Polis Pusat dipercayai terlibat dengan kegiatan kes rompak yang berlaku di Bangunan Flat Pg.Babu Raja, Jln.RIPAS, Batu 1. BSB.
Tertuduh pertama, Mohd Erwan bin Manggis, 35 tahun dan tertuduh kedua, Efarizah bte Zakaria, 41 tahun. Kedua-duanya merupakan warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistrate pada 16 Februari 2019 atas pertuduhan Rompakan Secara Berkumpulan dibawah Seksyen 395 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Pihak Mahkamah telah meluluskan permohonan bagi kedua-dua tertuduh ditahan reman sehingga sebutan kes selanjutnya pada 25 Februari 2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
