BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 13 Februari 2019 – Seorang lelaki tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 13 Februari 2019 atas kesalahan dipercayai terlibat dengan percubaan melakukan curi di kawasan bawah flat guru-guru di Jalan Sungai Pandan, Pandan 7, Kuala Belait. 

Suspek Mohammad Ali Noor bin Haji Jailani, 48, warganegara tempatan telah ditahan oleh Pihak Polis berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai menyatakan seorang lelaki sedang berkeliaran di kawasan bawah flat dengan berkelakuan mencurigakan.  

Semasa Pihak Polis datang ke tempat kejadian dan telah mendapati bersama suspek gulungan kabel serta pekakas alat pertukangan. Suspek seterusnya ditahan dan barangan eksibit dibawa ke Balai Polis Kuala Belait bagi siasatan lanjut. 

Pihak Mahkamah telah memutuskan untuk suspek dilepaskan dengan ikat jamin mahkamah dan sebutan kes selanjutnya pada 26 Februari 2019. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI