GADONG, Rabu 13 Februari 2019 – Sebagai salah satu kegiatan tahunan sempena Sambutan Hari Polis Ke 98 Tahun, satu Kempen Derma Darah telah diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Gadong. 

Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk menyumbang dan mengumpulkan bekalan darah di negara ini yang secara tidak langsung dapat membantu kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. 

Kempen derma darah tersebut akan dilaratkan lagi ke Jabatan-jabatan dibawah Pasukan Polis Diraja Brunei serta daerah-daerah Polis yang lain. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI