TUTONG, Rabu 13hb Februari 2019 – Seramai 5 anggota Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang diketuai oleh Insp Mohd Saifulnizam Bin Sabli telah dijemput untuk menjayakan bengkel kepimpinan bagi majlis pemimpin pelajar (MPP) 2019, Sekolah Menengah Muda Hashim, Daerah Tutong. 

Ketibaan rombongan Pihak Polis telah disambut oleh Yang Mulia Cikgu Mazeri Bin Mashadi, Pengerusi Badan Majlis Pelajar (MPP) 2019 beserta guru-guru pengawas Sekolah berkenaan. 

Bengkel yang dihadiri oleh 18 orang pelajar MPP tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Insp Mohd Saiful Nizam dan di ikuti dengan perlawanan merintis (Pandu Arah) serta tatacara teknik memasang khemah hutan. 

Di akhir sesi bengkel ialah acara bergambar ramai serta penyerahan cenderahati daripada Pengetua Sekolah, Yang Mulia Cikgu Hj Mohd Saiful Bahrin Bin Hj Sabli kepada ketua rombongan. 

Adapun tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan lagi ilmu dan kepimpinan para pelajar-pelajar MPP sekolah yang baharu sahaja dilantik bagi tahun 2019. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI