BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 7 Februari 2019 – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh di kawasan kediaman Flat Kawalan Hospital, Daerah Tutong. 

Tertuduh, Bill Beckham bin Baru, berumur 18 tahun telah ditemui oleh pemilik rumah (mangsa) bersembunyi di bawah katil tempat tidurnya. Mangsa kemudian mengarahkan tertuduh untuk keluar dan segera meninggalkan tempat tersebut. 

Mangsa kemudian segera melaporkan kejadian tersebut ke Balai Polis Tutong. Tertuduh telah berjaya ditahan oleh anggota Balai dan dibawa ke Balai Polis Tutong untuk dijalankan siasatan dan tindakan lanjut. 

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari atas pertuduhan dengan niat menceroboh di bawah Seksyen 448 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 2 bulan yang bermula pada tarikh 7 Februari 2019. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI