BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 6 Februari 2019 – Pada 2 Februari 2019, seorang lelaki tempatan telah ditahan oleh penduduk kampung kerana dipercayai cuba melarikan diri selepas berjaya memotong satu “Chain Blok” perahu dengan niat hendak mencuri di kawasan Kampung Lurong Sikuna, Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan.
Berikutan kejadian tersebut, Keanggotaan Balai Polis Kampong Ayer telah dihubungi dan segera ke tempat kejadian bagi mengesahkan laporan. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis beserta barang eksibit untuk dijalankan siasatan lanjut.
Tertuduh Haji Abu Bakar bin Haji Apong, 52 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, BSB dan telah mengaku bersalah atas dakwaan cobaan mencuri di bawah Seksyen 511 dibacakan dengan 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan oleh Hakim Majistret dan tarikh pemenjaraan bermula dari 2 Februari 2019.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) amat menghargai sokongan masyarakat awam dalam sama-sama bertanggungjawab dalam memberikan kerjasama mencegah, membanteras serta membendung segala gejala-gejala yang negatif di Negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
