SERIA, Isnin 4 Februari 2019 – Dua (2) sekatan jalanraya telah dijalankan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Seria sempena cuti awam Tahun Baru Cina.
Sekatan pertama bertempat di Jalan Tengah Seria kawasan Lorong 14 Panaga, manakala sekatan yang kedua bertempat di Jalan Tengah Anduki Seria, berdekatan Lapangan Terbang Anduki.
Seramai 18 anggota balai dikerahkan dalam operasi sekatan jalanraya itu untuk menangani pembenterasan kejadian-kejadian jenayah, lalulintas serta yang melibatkan kesalahan-kesalahan undang-undang.
Hasil daripada sekatan itu 2 kompoun telah dikeluarkan kerana cukai jalan yang mansuh dan kenderaan tidak dalam keadaan baik, manakala 4 pemandu telah dikeluarkan surat peringatan kerana tidak membawa lesen memandu.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
