BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 2 Februari 2019 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang (1) suspek warganegara tempatan yang dipercayai terlibat dengan beberapa kejadian pecah kereta dan curi di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

Tertuduh Mohammad Erwan Halifollah bin Haji Sairol, 34 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini bagi menghadapi 8 pertuduhan kes.

Tertuduh didakwa atas kesalahan curi dan rosak barang di bawah Seksyen 379, 380, 426 dan 427 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. Pihak Mahkamah juga telah meluluskan permohonan bagi tertuduh ditahan reman sehingga 7 Februari 2019 bagi membantu Pihak Polis menjalankan siasatan lanjut.

Dengan tertangkapnya tertuduh, Pihak Polis setakat ini telah berhasil mendapatkan maklumat terhadap siasatan keatas 8 kes yang melibatkan kes-kes pecah kereta dan berusaha untuk mendapatkan lagi maklumat lanjut mengenai penglibatan tertuduh dengan kes-kes lain.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI