BRUNEI MUARA, Khamis 31 Januari 2019 – Usaha sentiasa diteruskan bagi menggerakkan Program Pengawasan Kejiranan (PK) di kampung-kampung dalam kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama masyarakat dalam menjaga kesejahteraan dan kawalan rondaan pencegahan kampung.

Dalam pada itu, ahli Focal Point Daerah Brunei Muara telah mengaktifkan aktiviti pencegahan jenayah lagi dengan membuat rondaan bersama ahli-ahli (PK) di dua buah kampung yang berasingan.

Rondaan pertama telah dijalankan oleh ahli-ahli Focal Point Balai Polis Pusat BSB bersama Balai Polis Sengkurong seramai 5 orang anggota yang diketuai oleh Sarjan Mejar 3096 Pg Noorhasni dan 4 ahli PK Kampong Jerudong.

Rondaan dijalankan di kawasan Kampong Jerudong, persekitaran Pasar Jerudong dan Pantai Jerudong. Semasa rondaan telah mendapati sebuah Trailer Kontainer yang tidak berkunci ditinggalkan di Pantai Jerudong (tempat penurunan perahu) dan pihak Balai telah dimaklumkan bagi mengambil tindakan lanjutan.

Manakala rondaan kedua dijalankan di kawasan Kg Panchor Murai dengan penglibatan anggota Balai Polis Limau Manis dan ahli PK seramai 3 orang yang diketuai oleh Koperal 4044 Pg Md Iskandar. Hadir turut serta Ketua Kg Panchor Murai, Haji Matassan bin Haji Salleh, bersama 4 orang ahli PK kampung itu.

Rondaan dijalankan dikawasan Mukim Kg Pengkalan Batu dan hasil rondaan tidak ada menjumpai perkara yang melibatkan jenayah.

Dengan aktifknya aktiviti rondaan seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi kewaspadaan masyarakat dalam sama-sama memastikan keselamatan di kawasan kampung bebas jenayah hasil bantuan kerjasama daripada ahli-ahli PK.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI