TEMBURONG, Rabu 30 Januari 2019 – Perjumpaan suku tahun kali ke 4/2018 Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Agensi Kerajaan bagi Daerah Temburong telah diadakan di Dewan Muafakat, Pejabat Daerah, Temburong.
Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis (DSP) Pengiran Muhaimin bin Pengiran Haji Mustafa bersama Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil, Sarjan Mejar 2547 Seperidin Anak Dingai beserta ahli-ahli Focal Point dan anggota Balai.
Turut hadir di dalam pemuzakarahan ini para Penasihat dan Pengerusi PK terdiri daripada YB Haji Embran bin Sabtu (Penghulu Mukim Bokok, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, Ketua Cawangan Keselamatan Dalam Negeri Temburong, Pegawai Pemerintah Kompeni E Perkemahan Bangar serta ahli-ahli PK di Daerah Temburong.
Menerusi perjumpaan ini, memberikan peluang untuk membincangkan berhubung dengan statistik jenayah dan kemalangan lalulintas serta cara mengatasi pencegahan jenayah dengan kawalan rondaan malam di kawasan persekitaran kampung.
Selain itu, dalam perjumpaan ini memudahkan bagi Penghulu dan Ketua Kampung menyampaikan pandangan dan isu-isu permasalahan yang dihadapi dan sama-sama sikap prihatin serta pemeduli dalam memastikan rakyat dan penduduk masyarakat hidup dengan sejahtera.
Perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi perhubungan mesra yang terjalin antara agensi kerajaan yang hadir, Penghulu Mukim, Ketua Kampung bersama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi sama-sama berganding bahu memajukan dan meningkatkan fokus hidup bermasyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
