GADONG, Khamis, 31 Januari 2019 – Jabatan Siasatan & Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kepujian tahun 2018 kepada anggota-anggota jabatan berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan & Kawalan Lalulintas, Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Snr. SUPT) Husaini bin Haji Matzin beserta pegawai-pegawai JSKLL.
Majlis dimulakan dengan memeriksa perbarisan anggota-anggota JSKLL yang diketuai oleh Ketua Inspektor (Chief Inspector) Mohd Baharin Shah bin Haji Abu Bakar.
Seterusnya Tetamu kehormat menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepujian kepada 19 orang anggota JSKLL yang menunjukkan prestasi kerja serta mutu disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugasan.
Diharapkan dengan penghargaan yang disampaikan ini dapat memberikan motivasi dan dorongan dalam meningkatkan integriti dan kapabiliti sebagai seorang anggota Polis.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
