BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 30 Januari 2019 – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini atas kesalahan melakukan curi.

Balai Polis Sungai Liang telah menerima laporan kes curi yang berlaku di kawasan Kebun Kg Tunggulian pada 28 januari 2019. 

Berikutan dengan kejadian tersebut, pihak Polis telah berjaya menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut dan telah dihadapkan ke Mahkamah bagi perbicaraan.

Tertuduh Awg Alimin bin Haji Damit / Hj Awg Abg Hamid 36 tahun, warganegara tempatan telah mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan atas kesalahan curi di bawah Seksyen 381 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Hukuman berjalan bermula pada 30 Januari 2019.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI