TUTONG, Sabtu 26 Januari 2019 – Kempen Kebersihan dan bergotong royong telah diungkayahkan oleh Unit Pengawasan Kejiranan (PK) Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama ahli-ahli PK Kg Sg Kelugos Tutong.
Kempen berkenaan dijalankan di kawasan Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (PAIPAS) Daerah Tutong. Seramai dua puluh tujuh (27) Keanggotaan daripada Balai Polis Tutong yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Handrie bin Haji Amin hadir bagi bersama-sama membuat aktiviti amal tersebut.

Turut hadir Yang Mulia Haji Ismail bin Haji Mohammad, Ketua Kg Sg Kelugos bersama empat (4) orang ahli PK dan empat (4) orang ahli Takmir Masjid PAIPAS yang diketuai oleh Imam Omarali bin Haji Ahmad.
Kempen kebersihan bertujuan menyemai sikap bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan ianya juga sememangnya digalakkan dalam Islam serta sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim, hidup bermasyarakat dan memupuk kesejahteraan sesama penduduk kampong.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
