BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 25 Januari 2019 – Operasi Sekatan Jalanraya ‘Stop & Search’ dan rondaan pencegahan jenayah telah dijalankan yang tertumpu di kawasan sepanjang Jalan Stoney, BSB.
Operasi di kawasan tersebut diketuai oleh Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB, Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Muhd Ziyad bin Abd Rahman beserta 12 anggota Balai.

Kawasan-kawasan dijalankan pemeriksaan dan rondaan ialah tempat letak kereta kawasan Kg Tamoi, sepanjang kawasan Sungai Lampai, Kampong Katok, Bangunan Wisma Jaya dan di kawasan Batu Satu, BSB.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan dan telah mengeluarkan surat peringatan (Polis 190) dan 3 Saman Kompoun kepada pemandu-pemandu yang didapati melanggar Akta Kesalahan Lalulintas.
Pasukan Polis Diraja Brunei menasihati kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi segala peraturan-peraturan di jalanraya semasa memandu dan hindari daripada sikap lalai dan cuai semasa memandu.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
