GADONG, Khamis 24 Januari 2019 – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Brunei Insuran Takaful Am (BITA) telah mengadakan ‘Table Top Exercise Motorist Claim Guidelines (MCG)’ yang berlangsung di Dewan Serbaguna JSKLL, Gadong.

Hadir merasmikan latihan eksais tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas PPDB , Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Senior Superintendent) Husaini bin Haji Matzin.

Turut hadir Pegawai-pegawai, anggota pangkat rendah PPDB dari 4 Daerah Polis, Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Peguam Negara dan wakil-wakil Insuran Motor & Takuful Am.

Acara ini bertujuan bagi menguji tatacara pegawai dan anggota PPDB serta stakeholder dalam mengendalikan sesuatu kejadian kemalangan yang melibatkan MCG.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI