KUALA BELAIT, Rabu 23 Januari 2019 – Antara aktiviti-aktivi yang sentiasa dibuat oleh Pengawasan Kejiranan (PK) adalah membuat ‘Pendekatan’ ke rumah-rumah ketua kampong dibawah tadahan masing-masing.
Sehubungan itu, Focal Point (FP) Balai Polis Kuala Belait telah mengadakan satu program pendekatan bersama Ketua Kampong Mumong, Yang Mulia Hj Mohd Yusof bin Dulamin.
Pendekatan tersebut diketuai oleh Koperal 2721 Shamsudin Bin Hj Naim beserta 2 orang anggota Daerah Polis Kuala Belait.
Tujuan program ini adalah bagi perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai jenayah serta memberigakan aktiviti-aktiviti rondaan pencegahan jenayah yang telah dirancang khusus untuk ahli-ahli PK di kampong itu.
Dengan langkah sebegini, ianya juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pasukan khususnya FP Balai Polis Kuala Belait bersama ahli-ahli PK dibawah tadahan Balai Polis Kuala Belait.
BANDAR SERI BEGAWAN – Aktiviti rondaan pencegahan jenayah telah diungkayahkan dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Pusat BSB dan diketuai oleh FP Ibu Pejabat Daerah Polis Brunei, Sarjan Mejar 3096 Pg Noorhasni bersama 2 ahlinya.
Hadir daripada PK Kg Kiulap, Yang Mulia Haji Mohammad bin Abu Bakar, Ketua Kampong Kiulap bersama lima (5) ahli PK turun membantu dan bekerjasama dalam rondaan pencegahan jenayah.
Dalam perkara ini, aktiviti ini juga dibukakan kepada belia-belia generasi muda kampong bagi menyertai menjadi ahli Pengawasan Kejiranan bagi memupuk dan sama-sama berganding bahu bagi menjayakan dan bekerjasama memberikan setiap maklumat berhubung dengan kegiatan yang tidak bermoral di kawasan masyarakat dan sekeliling kampung kepada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
