KUALA BELAIT, Selasa 22 Januari 2019 – Pada 21 Januari 2019, Balai Polis Kuala Belait telah menerima satu laporan berkenaan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 80 tahun telah diserang seekor buaya di kawasan perairan Kg. Sg. Teraban, Kuala Belait.

Wanita tersebut pada masa ini dalam keadaan stabil dan selamat dan sedang menjalani rawatan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Pada masa ini, siasatan di tempat kejadian sedang dijalankan oleh Pihak Polis dan agensi-agensi yang bertanggungjawab.

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah langkah keselamatan dan berwaspada terutamanya di kawasan kawasan perairan bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pasukan Polis Diraja Brunei juga ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak menularkan mana-mana maklumat yang tidak berasas ataupun yang palsu.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI