BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 3 Jan 2019– Sempena Hari Polis ke 98 tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja. 

Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam. 

Turut hadir Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali beserta para Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota PPDB. 

Bacaan tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir. 

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu acara yang telah disusun bagi menyemarakkan lagi sambutan sempena hari polis ke 98 tahun ini. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI