TEMBURONG, Sabtu 29 Disember 2018 – Rondaan dan pencegahan jenayah telah dijalankan oleh Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kg Puni dibawah tadahan Mukim Temburong.

Rondaan tersebut diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Azlan Shah bin Pg Haji Ahmad, Pegawai Jenayah dan Lalulintas Daerah beserta beberapa anggota dari Balai Polis Temburong dan ahli-ahli PK dengan berjalan kaki disekitar Kg Ujong Jalan.

Tiada jenayah dilaporkan dan PPDB akan sentiasa mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati apabila hendak meninggalkan rumah. Hubungi balai-balai berdekatan bagi rondaan dan pemantauan semasa ketiadaan penghuni rumah.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI