KG DANAU TUTONG, Selasa 25 Disember 2018 – Diantara komponen yang diaktifkan oleh ahli-ahli Pengawasan Kejiranan adalah aktiviti sosial. Tepat jam 7 pagi acara Walkaton Kebersihan telah berlangsung bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kg Danau.

Kehadiran daripada Focal Point Balai Polis Tutong beserta 10 orang anggota Balai Polis Tutong diketuai oleh Sarjan Major 2150 Jaidin bin Abdullah.

Turut hadir Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Hj Md Tahir beserta 11 orang ahli PK Kg Danau.

Aktiviti Walkaton Kebersihan tersebut disertai oleh seramai lebih kurang 70 orang penduduk Kampong Danau dimulakan dengan sesi pemanasan badan oleh belia-belia Kg Danau.

Seterusnya acara Walkaton sambil Kempen Kebersihan dijalankan di sekitar tepi jalan Keramut dan Kg Danau dimulakan oleh Pemangku Ketua Kg Danau sendiri selaku penganjur utama bersama ahli MPK, PK, ahli Takmir Masjid dan penduduk Kg Danau.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI