GADONG, Sabtu 15 Disember 2018 – Rombongan Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama (1st ASEAN Rover Moot) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Gadong pagi tadi. 

Seramai 41 perwakilan Pengakap Kelana yang terdiri daripada negara-negara ASEAN telah hadir yang diketuai oleh Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong, ACP (B) Haji Murad bin Haji Abdul Hadi. 

Program lawatan diselitkan dengan taklimat mengenai sejarah PPDB serta perkembanganya yang telah diadakan di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis PPDB. 

Rombongan kemudian dibawa ke Pusat Latihan Polis bagi menyaksikan latihan kursus motosikal yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) serta  diakhiri dengan membuat lawatan ke pameran Muzium Polis PPDB. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI