TUTONG, Khamis 6 Disember 2018 – Antara aktiviti-aktiviti yang sentiasa dibuat oleh Pengawasan Kejiranan adalah membuat ‘Pendekatan’ ke rumah-rumah ketua kampong dibawah tadahan masing-masing. 

Sehubungan itu, Fokal Point Balai Polis Daerah Tutong telah mengadakan satu program pendekatan bersama Penghulu Mukim Lamunin, Yang Mulia Haji Tujoh bin Talip, yang juga selaku Penasihat PK Mukim Lamunin. 

Pendekatan tersebut diketuai oleh Timbalan Penguasa Polis (DSP) Handrie bin Haji Amin, Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, 7 orang anggota Daerah Polis Tutong beserta 3 wakil anggota daripada Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Tujuan program ini adalah bagi membincangkan dan perkongsian maklumat mengenai jenayah dan kegiatan-kegiatan yang ada di mukim itu. Disamping itu juga memberigakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang khusus untuk ahli-ahli PK di Daerah Tutong. 

Dengan langkah sebegini, ianya juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan diantara Pasukan khususnya Fokal Point Balai Polis Tutong bersama ahli-ahli PK dibawah tadahan Balai Polis Tutong. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI