LAMUNIN, Selasa 27 November 2018 – Balai Polis Lamunin, Daerah Polis Tutong telah mengendalikan lawatan pendekatan Pengawasan Kejiranan ke rumah kediaman Yang Mulia Awang Sani Bin Nangkat, Pemangku Ketua Kampong Merimbun.   

Rombongan diketuai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Lamunin, P/Inspektor Ak Md Waie @ Ak Fathurahman Bin Pg Abdullah Sani bersama 3 anggota Balai Polis Lamunin.   

Program pendekatan ini bertujuan membincangkan mengenai maklumat jenayah, statistik jenayah dan kejadian kemalangan di kawasan tadahan kampong berkenaan, Penambahan ahli PK wanita juga di bincangkan serta kebajikan sosial dan aktivitiaktiviti rondaan akan datang. 

TUTONG – Lawatan pendekatan PK juga dibuat ke rumah kediaman timbalan pengerusi  PK Danau, Yang Mulia Haji Morni bin Hj Abd Wahab dalam matlamat yang sama iaitu mengkongsikan maklumat dan kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kampong berkenaan. 

Dalam pada itu, turut di serahkan ialah baju vest PK kepada ahli-ahli baru yang telahpun menerima surat lantikan pada bulan yang lalu. Hadir bagi mewakili Pasukan Polis , fokal point PK daripada Balai Polis Tutong, Koperal Wanita 4899 Noraziah bte Kunchil. 

LIMAU MANIS – Kediaman Ketua Kg Panchor Murai, Yang Mulia Haji Matassan bin Haji Salleh tidak ketinggalan menerima lawatan pendekatan daripada fokal point PK Balai Polis Limau Manis, Koperal Pg Md Iskandar. 

Tujuan lawatan juga adalah bagi membantu mengawasi keselamatan semasa pemberian gaji pencen tua kepada penduduk Kg tersebut di samping berbincang dan bertukar pendapat bersama Ketua Kg dalam meningkatkan lagi keselamatan di persekitaran kampung berkenaan. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI