BERAKAS, Khamis 29 November 2018 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan dari talian kecemasan 993 pada 29 November 2018 sekitar jam 8.27 pagi mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di kawasan Gerai Aneka Ria Rimba, RPN Rimba.

Di samping itu, beberapa rakaman video dan gambar juga tular di media sosial memaparkan bayi yang telah di selamatkan dan dikeluarkan oleh seorang individu dari tempat kejadian.
Berhubung insiden berkenaan, bayi tersebut telah segera di kejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi dijalankan pemeriksaan kesihatan.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan menjalankan siasatan mengenai insiden ini dan bermohon kepada orang ramai atau saksi di tempat kejadian agar dapat tampil bagi menyalurkan sebarang maklumat ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian kecemasan 993 atau 2459500 ext 496 / 333.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
