BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 17 Nov 2018 – Unit Tugas Khas Balai Polis Sungai Liang telah berjaya menangkap 3 orang lelaki warga tempatan dipercayai melakukan curi kabel di Simpang 242, Block No. 3, Flat Cogen Lumut.

Tertuduh Pengiran Handy bin Pengiran Afendy 37 tahun, Awangku Mohd Adi Afif bin Pengiran Bahrin , 20 tahun dan Mohammad Shafiz Al-Nazri bin Abdullah Nuar , 18 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 17 November 2018 atas tuduhan di bawah Seksyen 447 (Jenayah Pencerobohan) dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Ketiga-tiga tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 2 bulan.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berusaha dan tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan undang-undang kepada sebarang individu yang terlibat dalam apa jua kegiatan-kegiatan  jenayah yang lakukan di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI