KUALA BELAIT, Khamis 15 November – Program Pendekatan PK merupakan salah satu daripada komponen aktiviti yang di ungkayahkan oleh Pengawasan Kejiranan anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bertujuan untuk mendekatkan dan berkongsi maklumat bersama masyarakat awam tentang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan setempat.

Sehubungan itu, satu pendekatan telah dijalankan oleh rombongan daripada Balai Polis Kuala Belait yang di ketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kuala Belait, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Fadhillah bin Hj Ibrahim ke rumah Ketua Kampong Pandan C, Yang Mulia Haji Affendy bin Awg Damit.

Pendekatan yang dijalankan, mengupas perbincangan mengenai hal yang menjurus kepada pencegahan jenayah yang sedang dan akan di rancangkan bersama-sama Ahli Pengawasan Kejiranan di kampong tersebut.
LABI – Kunjungan juga telah di buat oleh keanggotaan Balai Polis Labi, di ketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail ke rumah kediaman YB Hanapi bin Mohd Siput, Pmk Penghulu Mukim Labi / Ketua Kg Labi 1 dan kediaman Ketua Rumah Panjang Kg Melayan, Yang Mulia Ah Joup Ak Rading.
Matlamat lawatan adalah bagi membuat pendekatan PK serta membincangkan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung dari segi keselamatan dan perihal jenayah serta mencari strategi penyelesaian yang bersesuaian untuk menanganinya.
Pihak Polis berharap dengan pendekatan seperti ini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman penduduk kampung dalam sama-sama menjaga keamanan & keharmonian sesuatu kampung serta merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk setempat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
