TUTONG, Sabtu 17 Nov 2018 – Dua orang lelaki tempatan berjaya di tangkap oleh orang awam di percayai menceroboh dan melakukan curi.
Mohamad Maslizan Bin Md Dali, 36 dan Mohd Azwan Bin Juki, 21, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 2 pertuduhan di bawah Seksyen 447 (Jenayah Pencerobohan) dan Seksyen 379 (curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 16 November 2018 dimana kedua tertuduh telah memasuki kawasan stor bengkel penyimpanan alat ganti kereta di Kg Serembangun melalui pagar belakang yang telah rosak dan mengambil barang-barang dari tempat stor bengkel itu lalu menyimpan di luar kawasan stor bengkel berkenaan.
Kegiatan mereka telah berjaya di sedari oleh penghuni kediaman dan seraya menahan kedua tertuduh dan diserahkan kepada Pihak Polis bagi tindakan selanjutnya.
Kedua-dua tertuduh telah di bawa ke Balai Polis Tutong bersama barang bukti bagi di jalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan.
Kedua tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada mereka selama 4 bulan yang bermula pada tarikh 17 November 2018
Pasukan Polis Diraja Brunei amat menghargai sokongan masyarakat awam dalam sama-sama bertanggungjawab dan memberikan kerjasama dalam menghulurkan khidmat bantu mencegah, membenteras serta membendung kegiatan-kegiatan jenayah di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
