BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 2 November 2018 – Seorang pemilik rumah telah di kejutkan dengan penemuan satu besi keluli dalam bentuk yang mencurigakan tertanam semasa beliau sedang mengali tanah di halaman belakang rumah di kawasan RPN STKRJ Kg Katok.

Sejurus mendapati benda tersebut, pemilik rumah segera menghubungi talian kecemasan 993 untuk meminta bantuan Pihak Polis ke tempat kejadian sekitar jam 6.14 petang.

Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan segera ke tempat kejadian serta di bantu oleh Skuad Letupan EOD dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Unit Kimia, Biologikal dan Letupan Radiasi ABDB bagi mengesahkan status besi tersebut.

Selepas menjalankan siasatan dan pemeriksaan, skuad letupan EOD telah mengesahkan bahawa besi keluli tersebut adalah sebutir bom lama dan proses pemindahan bom tersebut telah berjaya di keluarkan dan kemudiannya di musnahkan di tempat yang selamat.

Pihak Polis ingin menegaskan kepada orang ramai, jika ada menemukan sebarang benda yang mencurigakan seumpamanya untuk tidak mengambil tindakan seperti menyentuhnya, memindahkannya atau membuat pemeriksaan ke atasnya. Laporkan dengan segera dengan menghubungi talian kecemasan 993 atau menghubungi balai-balai polis yang berdekatan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI