BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 31 Oktober 2018 – Seorang warga tempatan yang telah ditahan reman kerana menghasilkan wang palsu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari ini bagi penetapan hukuman.
Tertuduh Sudiman Bin Mat Yassin berumur 37 tahun telahpun dihadapkan ke Mahkamah Majistret BSB dan telah mengaku bersalah keatas tuduhan dibawah seksyen 489A, 489B dan 489C Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 iaitu melakukan kesalahan jenayah bagi menghasilkan, menggunakan dan memiliki wang kertas palsu dan di jatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun bermula pada tarikh 31 Oktober 2018.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan dan menegaskan kepada orang ramai bahawa menghasilkan, menggunakan dan memiliki mata wang palsu adalah menjadi satu kesalahan yang berat dibawah Kanun Hukuman Jenayah jika sabit kesalahan akan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan denda.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
