SENGKURONG , 29 Oktober 2018 – Satu kemalangan melibatkan kematian telah berlaku semalam apabila kereta yang di pandu oleh seorang lelaki tempatan merempuh seorang pejalan kaki di kawasan Kampung Tanjung Nangka, Sengkurong.

Pihak Polis mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan tersebut melalui talian 993 pada sekitar jam 9.32 malam dan anggota Balai Polis Sengkurong telah menjalankan tindakan segera ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan telah mendapati mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga negara Bangladesh berumur 33 tahun. Mangsa maut juga telah di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh ahli paramedik bertugas dan akan di jalankan pemeriksaan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa berwaspada semasa memandu dan sentiasa akur dengan mengikuti had laju yang telah di tentukan.

Selain itu, para pejalan kaki turut di tegaskan untuk lebih berhati-hati dan semestinya tidak bersikap ambil mudah serta sambil lewa tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri semasa menyeberang atau melintasi jalan raya.

Perlu di ingatkan bahawa memandu pada waktu malam juga mempunyai risikonya yang tersendiri dimana kebolehlihatan (visibility) dan jarak pandangan adalah terhad dan boleh menjejaskan pemanduan berbanding pada siang hari kerana pemanduan bergantung sepenuhnya kepada lampu jalan, lampu kereta sendiri dan juga lampu pemandu kenderaan lain.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI