SUNGAI LIANG, Ahad 28 Oktober 2018 – Keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat boleh di capai melalui konsep amalan kejiranan yang baik dan terpuji, tidak terpinggir akan pentingnya menjaga keselamatan dalam memaut peranan mewujudkan keharmonian terhadap hidup sesama berjiran.
Konsep Pengawasan Kejiranan (PK) yang kian di bentuk merupakan salah satu asas dalam mencapai hasrat menyatukan orang ramai dalam menghubungkan silaturahim, kenal mengenali dan membentuk sifat tanggungjawab dan pemedulian dikalangan masyarakat setempat.
Berikutan itu, melalui program PK anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei ini telah di jalankan satu rondaan pencegahan jenayah yang di kendalikan oleh Balai Polis Sungai Liang bersama ahli PK Sg Liang yang di hadiri sama oleh Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Yang Mulia Haji Abdul Aziz bin Haji Gani.
Tumpuan rondaan adalah di kawasan Kg Sg Bakong, Sg Kayu Ara sehingga ke Kg Sg Taring.
LABI – Beberapa tempat di kawasan Kampung Labi 1 turut di jalankan rondaan terutama sekali di kawasan bangunan kerajaan, menara komunikasi serta rumahrumah penduduk kampong.
Rondaan PK bagi Pencegahan Jenayah ini di ungkayahkan oleh fokal point Balai Polis Labi, Lans Koperal 4662 Muhd Izzat Izuddin bersama ahli-ahli PK Kg Labi.
LAMUNIN – Sokongan juga di berikan oleh ahli-ahli PK Kg Panchong, Lamunin bagi memastikan kawasan persekitaran kampong akan sentiasa aman dan sejahtera melalui rondaan PK.
Mengetuai ahli PK kg berkenaan, Ketua Kampong Panchong, Yang Mulia Haji Muhd Shah Asnawi bin Abd Rahim, ahli-ahli PK dan anggota – anggota Balai Polis Lamunin.
Sepanjang rondaan di kesemua tempat yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang kegiatan jenayah mahupun yang menyalahi undang-undang negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
