MUARA, Sabtu 27 Oktober 2018 – Rondaan bersepadu pencegahan jenayah dengan kerjasama enam (6) Balai di Daerah Brunei dan Muara bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) kian giat di adakan.

Mengetuai rondaan PK ialah Pegawai-pegawai dan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis di bawah tadahan Daerah Polis Brunei dan Muara.Turut menyertai rondaan ialah Yang Behormat Pg Hj Mohamed Bin Pg Hj Othman@Osman Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong bersama dengan ahli-ahli PK Daerah Brunei Muara.

Rondaan berkenaan dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas mengenai tatacara dan keselamatan semasa membuat rondaan yang di sampaikan oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Zamri Salleh bin Haji Mahmud, Pegawai Menguasa Balai Polis Muara.

Kawasan perumahan, Kawasan bangunan perniagaan dan tapak pembinaan di bawah jagaan Balai Polis Muara adalah antara yang menjadi tumpuan bagi rondaan tersebut.

Dengan adanya penglibatan ahli-ahli PK di dalam rondaan ini juga diharap akan mengukuhkan lagi kerjasama sesama masyarakat kampung dalam tanggungjawab mencegah jenayah bersesuaian dengan visi PK Bersama Jiran Mencegah Jenayah.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI