GADONG, Khamis 25 Oktober 2018 – Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan (BSB) telah mengadakan acara aktiviti keugamaan membaca Surah Yassin dan Tahlil bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Gadong A.
Acara tersebut di adakan di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku. Hadir bagi menyemarakkan acara tersebut Ketua-Ketua Kampong yang terdiri daripada Yang Mulia Awg Hassan bin Haji Ali (STKRJ Tungku Kawasan 1). Yang Mulia Haji Awg Ismail Bin Haji Rajab (Kampong Tungku / Katok) dan Yang Mulia Awg Adanan Bin Haji Bagol (STKRJ Tungku Kawasan 2) serta 6 ahli-ahli PK kampung.
Mewakili Balai Polis Pusat BSB, Pegawai Menguasa Balai, Penolong Penguasa Polis Haji Md Noor Fadzil bin Haji Suhaimin beserta 9 anggota Balai.
Aktiviti sedemikian merupakan salah satu komponen daripada program PK anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei bertujuan bagi mengeratkan hubungan dan silaturahim dan membina kepercayaan yang utuh dari kalangan warga pasukan dan masyarakat setempat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
