BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 24 Okt 2018 – Berikutan tangkapan Balai Polis Kampong Ayer terhadap seorang lelaki tempatan yang menghadapi dakwaan melibatkan kes kesalahan Curi dan Rosak Barang di hadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan hari ini.

Tertuduh Ak. Mohd Hasrin bin Pg Hassan, 28 tahun, telah pun mengaku bersalah atas 6 pertuduhan:

1- Seksyen 379, Kanun Hukuman Jenayah penggal 22.

2- Seksyen 29(1), Akta Ketenteraman Awam Penggal 148.

3- Seksyen 63, Akta Pasukan Polis Diraja Brunei Penggal 50.

4- Seksyen 427, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

5- Seksyen 29(1), Akta Ketenteraman Awam Penggal 148.

6 – Seksyen 63, Akta Pasukan Polis Diraja Brunei Penggal 50.

Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada tertuduh 24 bulan penjara dan 3 kali sebatan dan denda sebanyak dua ribu ringgit ($2,000). Jika gagal membayar denda tersebut tambahan 4 bulan penjara akan dikenakan ke atas tertuduh. Hukuman bermula pada tarikh tertuduh di tahan reman pada 23.01.2018.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan Pasukan Polis juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan untuk dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI