Seria , Isnin 22 Oktober 2018 – Balai Polis Seria telah menjalankan Operasi Sekatan Jalanraya bertempat di kawasan Jalan Tengah berdekatan Lapangan Terbang Anduki, Seria.
Adapun operasi berkenaan di ketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Inspektor Percubaan Boniface anak Janlita beserta 10 orang anggota Balai.
Hasil Operasi Sekatan Jalanraya itu telah menemukan 7 kesalahan dan telah diambil tindakan Polis Peringatan kepada pemandu berkenaan. Antara kesalahan tersebut ialah tidak membawa lesen memandu.

Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat sekatan jalanraya agar para pengguna jalanraya sentiasa peka dalam aspek undang-undang jalanraya yang ada di negara ini, seperti sentiasa membawa lesen memandu, cukai kenderaan yang sah dan tidak mansuh dan kenderaan yang dipandu dalam keadaan yang selamat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
