TEMBURONG, Isnin 22 Oktober 2018 – Sesi Perbincangan dan permuzakarahan Pengawasan Kejiranan bagi Daerah Temburong telah berlangsung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Dewan Muafakat, Pejabat Daerah Temburong.
Mempengerusikan permuzakarahan tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Yang Mulia Timbalan Penguasa Polis (Deputy Superintendent) Pg Muhaimin bin Pg Haji Mustafa berserta Pegawai-pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Temburong.

Turut hadir Yang Berhormat Haji Embran bin Sabtu, Penghulu Mukim Bokok, Para Penasihat PK yang terdiri daripada penghulu-penghulu Mukim dan wakil Pegawai-pegawai Kerajaan daripada Institusi Mukim & Kampong Pejabat Daerah Temburong, Ketua Cawangan JKDN Temburong dan Pegawai Pemerintah Kompeni E Perkemahan Bangar.

Perisian daripada taklimat perbincangan adalah menyentuh mengenai statistik 3 bulan kebelakangan berkenaan laporan-laporan jenayah dan lalulintas yang diterima di Balai Polis Bangar. Turut dikupas ialah percambahan fikiran dalam mengatur strategi-strategi baru yang lebih efisyen dan efektif dalam membentuk kerjasama penduduk setempat membasmi dan mencegah gejala-gejala negatif mahupun jenayah berlaku di persekitaran perkampungan di Daerah Temburong.
Dalam pada itu juga, objektif perjumpaan yang di kendalikan adalah bagi meningkatkan semangat kejiranan, kepercayaan dengan cara muhibbah serta menanamkan sikap peduli dan tidak camah mata.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
