BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 16 Okt 2018 – Seramai 61 orang pegawai yang sedang mengikuti Kursus Pegawai Staf Rendah (Junior Staff Course) di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei semalam.

Rombongan lawatan adalah terdiri daripada Ketua Jabatan, Juruarah, staf dan termasuk peserta kursus termasuk 7 orang peserta kursus daripada luar negeri.

Objektif ‘lawatan sambil belajar’ ini adalah merupakan salah satu daripada modul yang di terapkan didalam kursus berkenaan yang berkisar mengenai persediaan Pasukan Polis dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

Semasa lawatan itu juga, para peserta kursus telah di bentangkan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ketua Unit Urusetia Pesuruhjaya Polis, Timbalan Penguasa Polis Hamidon Bin Haji Ibrahim.

Disamping itu, sesi soal jawab juga di bukakan kepada para peserta bagi mendapatkan maklumat dan kefahaman yang lanjut mengenai peranan Pasukan Polis dalam menghadapi Wawasan 2035. Bagi mengakhiri program lawatan, para peserta kursus juga  dibawa untuk membuat lawatan ke Muzium Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI