BRUNEI MUARA, Sabtu 06 Okt 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Pusat telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing Mukim Kota Batu.

Hadir mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis Mohammad Alif bin Haji Musa, bersama tujoh (7) anggota Balai.

Turut hadir Yang Mulia Awang Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim, Ketua Kampung Belimbing serta empat (4) orang ahli PK kampung tersebut.

Rondaan tersebut dibuat disekitar kawasan Spg 674, Spg 527 sehingga ke kawasan Gerai Taman Serubing.

KUALA BELAIT – Rondaan PK turut di jalankan oleh Balai Polis Kuala Belait bersama Ahli PK Kampung Sungai Teraban, Belait.

Rondaan bermula dari Balai Raya Kampung Sungai Teraban sehingga ke Kawasan Rasau iaitu di persekitaran bawah jagaan Ketua Kampung Sg.Teraban.

Semasa rondaan dijalankan tidak ada menjumpai kejadian jenayah yang mencurigakan. Kerjasama yang diberikan bagi sama-sama mendokong dan berganding bahu dalam mencegah jenayah bersama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Pasukan Polis Diraja Brunei menyeru kepada orang ramai jika ada mendapati sebarang kegiatan yang mencurigakan sila hubungi segera talian 993 atau melaporkan perkara berkenaan ke Balai – Balai berhampiran.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI