BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 6 Oktober 2018 – Perkumpulan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Isteri Pesuruhjaya Polis , Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) , Datin Hajah Kamariah binti Haji Abd Hamid selaku Yang Di-Pertua PEKERTI yang telah berlangsung di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Turut hadir ialah Isteri Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman beserta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI, wakil wakil dari kelima-lima cawangan PEKERTI beserta ahli- ahli PEKERTI.

Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan di ikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh Lans Koperal Wanita 5621 Siti Aimi binti Ali Rahman dan seterusnya menunaikan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Adapun acara berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI PPDB.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI