LIMAU MANIS, Khamis 4 Oktober 2018 – Pasukan Simpanan ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya patahkan cubaan seludup membawa barangan tegahan ke negara ini melalui Jalan Tikus, Kawasan Ladang Padi, Kampong Bebuloh semalam.
Semasa rondaan dikendalikan, anggota Pasukan Simpanan ‘C’ Kompeni telah menahan sebuah kenderaan yang mencurigai melalui jalan tersebut. Hasil daripada pemeriksaan yang dikendalikan telah mendapati sebanyak enam puluh (60) tin minuman keras jenama ‘Carlsberg’ cuba di seludup masuk ke negara ini.
Suspek Mohammad Faisal bin Zainal 31, warganegara tempatan telah di tahan dan kesemua barangan tegahan di rampas dan di bawa ke Balai Polis Limau Manis bagi menjalankan siasatan lanjut.
Kes ini disiasat dibawah Perintah Eksais 2006 dan juga dibawah Akta Immigresen Penggal 17. Jika sabit kesalahan, akan didenda tidak kurang 6 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai cukai barang-barang yang dirampas. Jika gagal membayar denda berkenaan akan dipenjara tertakluk kepada perintah Pihak Mahkamah.
Pasukan Polis ingin menyarankan kepada orang ramai untuk sentiasa peka dan mematuhi apa jua peraturan undang-undang di Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, memohon kepada masyarakat awam agar turut memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada Pasukan Polis dengan menyalurkan maklumat-maklumat penting agar anasir-anasir jenayah dapat ditangani hingga ke peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
