SERIA, Sabtu 29 Sept 2018 – Balai Polis Seria, Daerah Polis Belait telah mengesahkan menerima panggilan kecemasan daripada talian 993 pada sekitar jam 11.05 malam semalam berkenaan kemalangan jalanraya dan telah melibatkan kematian.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun, warganegara tempatan telah terlibat didalam kemalangan dua buah kereta yang telah meragut nyawa mangsa di kawasan pusing keliling, Jalan Lorong 3 Barat/Jalan Bolkiah Seria.
Adapun Mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut mendapat kecederaan ringan.
Siasatan awal mendapati kejadian pelanggaran melibatkan dua (2) buah kereta tersebut berlaku di kawasan permukaan jalan pusing keliling. Walaubagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan pihak Polis.
Pihak Polis juga menasihati dan menegaskan kepada semua pengguna jalanraya agar sentiasa berwaspada dan mengikut had laju yang telah di tentukan.
Dalam pada itu, sentiasa memastikan para pemandu dan penumpang kenderaan sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatan semasa memandu.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
