DAERAH TUTONG, Khamis 27 September 2018 –  Majlis Penyampaian Surat Lantikan kepada dua (2) Ahli baru bagi Pengawasan Kejiranan Danau berlangsung dimalam bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kg Danau,Tutong.

Hadir bagi menyerahkan surat lantikan tersebut, Yang Mulia Penguasa Polis (Supt) Suhairi bin Hj Sukri, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong. Turut sama menghadiri acara tersebut, Penghulu Mukim Telisai YB Awg Hj Ramli bin Hj Lahit @ Hj Lahid.

Dengan adanya penambahan ahli ini, ianya dilihat telah menunjukan impak yang positif dalam menarik penduduk kampung untuk ikut serta dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung setempat bahkan dapat memantapkan lagi organisasi PK di kg Danau.

Kerjasama yang terjalin diantara Pasukan Polis dan ahli-ahli PK akan memacu lagi strategi dan perancangan bagi peningkatan penyaluran maklumat, rondaan mahupun pemantauan kegiatan jenayah di Kampung berkenaan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI