TUTONG, Isnin 24 Sept 2018 – Balai Polis Lamunin terus mempergiatkan rondaan pencegahan jenayah dengan gandingan di antara ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Batang Mitus, Tutong.
Hadir semasa rondaan tersebut ialah Penghulu Mukim Kiudang / Pmk. Ketua Kampong Batang Mitus, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin di ikuti dengan 9 orang ahli (PK) Kampong Batang Mitus dan 3 orang Focal Point PK Balai Polis Lamunin.
Rondaan dijalankan di kawasan Kg Kebia, kawasan Kg Batang Mitus sehingga ke kawasan Jalan Kecil Batang Mitus-Kiudang.
Rondaan pencegahan jenayah berakhir pada lewat tengah malam dan tidak ada sebarang kegiatan yang mencurigakan ditemui.
BELAIT – Manakala Balai Polis Labi juga telah turut sama dalam membuat rondaan pencegahan jenayah dengan Pengawasan Kejiranan Kampong Labi l.
Mengetuai rondaan tersebut ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail bersama 3 orang ahli (PK) Kampong Labi I.
Rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan dijalankan di sekitar kawasan bangunan-bangunan kerajaan,Masjid Mukim Labi, menara DST serta kawasan rumah penduduk kampong.
Antara lain objektif adalah bagi memastikan kawasan kampung dalam keadaan selamat dari sebarang kegiatan dan gejala-gejala jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
